Tuesday 22 November 2011

Selamat Datang....



NAMA           : JAYAGANES A/L BALANADAM
KUMPULAN : EL - NO4 UPSI PJJ
MY UPSI   ID :  D20102044797

Laman blog ini memaparkan pelbagai maklumat tentang penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara maya. Laman blog ini diharap boleh menjadi laman sumber bersifat interaktif yang dapat membantu para pengguna bahasa Melayu, khasnya para pelajar dan guru-guru dalam memperkasakan dan menobatkan penggunaan bahasa Melayu secara gramatis selaras sengan perkembangan bahasa kita yang kian pesat.

keindahan bahasa...

Anak Cina bertimbang madat,
 Dari Makasar langsung ke Deli;
 Hidup di dunia biar beradat,
 Bahasa tidak dijual beli.
                     
 Makan sirih berpinang tidak,
 Pinang ada di bawah tangga;
 Makan sirih mengenyang tidak,
 Tapi tanda budi dan bahasa.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah  tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.